Artikel 1
Klik di sini untuk melihat artikel.. :-)
Ulasan : Artikel ini membincangkan bahawa bukan sahaja murid yang mengalami kebimbangan matematik malahan guru juga mengalami situasi yang sama. Guru yang mengalami kebimbangan matematik sudah pastinya lemah dalam pengetahuan kandungan dalam matematik. Dalam masa yang sama, ia menghalang kreativiti murid untuk menyelesaikan masalah matematik dengan pelbagai kaedah, kerana guru itu sendiri mempunyai kaedah penyelesaian yang terhad dan hanya berfokus kepada cara penyelesaian yang telah ditetapkan. Dalam hal ini, kreativiti dan pemikiran kritikal murid di dalam penyelesaian matematik itu akan terbantut. Jika tidak ditangani, ia akan menjadi satu bencana kepada keruntuhan perkembangan ilmu matematik pada masa yang akan datang. Oleh sebab itu, penulis telah mencadangkan beberapa perkara untuk membantu guru dalam menangani kebimbangan matematik. Artikel yang dipaparkan dapat membantu semua pihak menyedari akan perkara ini terutama guru-guru untuk mengambil langkah awal dalam menangani kebimbangan matematik.
Artikel 2
Klik di sini untuk melihat artikel.. :-)
Ulasan : Artikel yang telah ditulis oleh Graeme Paton menceritakan bahawa kanak-kanak perempuan lebih cenderung untuk mengalami kebimbangan matematik berbanding dengan kanak-kanak lelaki. Berdasarkan kajian-kajian lepas yang dinyatakan, membuktikan bahawa kanak-kanak perempuan mempunyai potensi yang lebih tinggi untuk mengalami kebimbangan matematik terutama bila menghadapi ujian. Berdasarkan maklumat yang dinyatakan oleh penulis, dapat disimpulkan bahawa matematik yang berorientasikan peperiksaan adalah punca utama mengapa kanak-kanak perempuan mengalami kebimbangan matematik yang lebih tinggi. Artikel ini ada salah satu artikel yang menarik kerana ia akan mempengaruhi para pengkaji untuk terus menjalankan kajian-kajian yang lebih mendalam bagi merungkai perkara ini sekaligus mencari jalan penyelesaian bagi mengurangkan kebimbangan matematik terhadap kanak-kanak.
Artikel 3
Klik di sini untuk melihat artikel.. :-)
Ulasan: Artikel ini menunjukkan penulis menceritakan kebimbangan matematik berdasarkan pengalamannya dan juga disokong dengan kajian-kajian masa lampau. Berdasarkan pengalaman beliau, kita dapat mengetahui bahawa kebanyakkan murid lemah dalam memahami dan menguasai ilmu matematik bukan disebabkan penyakit, atau ketidakupayaan matematik, tetapi sebaliknya disebabkan kebimbangan matematik. Artikel ini juga dapat memberi kesedaran kepada pihak sekolah terutama guru-guru dengan tidak melabelkan murid-murid lemah atau berkebolehan dalam matematik, tetapi sebaliknya berusaha untuk memberi galakan dan sokongan kepada murid untuk mempelajari matematik. Kelengkapan alat membantu mengajar dan kepakaran guru bukanlah cara-cara yang sesuai untuk membantu murid-murid menguasai ilmu matematik, sebaliknya sokongan motivasi dan pengaruh psikologi yang positif terhadap murid-murid akan menghilangkan kebimbangan matematik di dalam diri mereka.
Artikel 4
Klik di sini untuk melihat artikel.. :-)
sekadar gambar hiasan...
Ulasan:-
Kajian ini adalah untuk mengenalpasti kewujudan kebimbangan
matematik di kalangan murid. Penyelidik mendedahkan bahawa peringkat awal zaman
kanak-kanak adalah permulaan kepada akar umbi kebimbangan matematik. Sikap
negatif terhadap pembelajaran matematik
telah berlaku pada kebanyakkan kanak-kanak. Sudah pasti kajian ini amat berguna
kepada semua orang bahawa kebimbangan matematik harus dibendung pada peringkat
awal kanak-kanak lagi agar masalah ini tidak menjadi serius apabila usia
kanak-kanak semakin meningkat. Para pentadbir dan guru-guru memainkan peranan
yang penting untuk memulakan inisiatif dalam mempengaruhi kanak-kanak agar
tidak takut akan pembelajaran matematik.
Artikel 5
Klik di sini untuk melihat artikel... :-)
Ulasan:
Kajian in menunjukkan bahawa guru memainkan peranan yang
besar dalam mengurangkan kebimbangan matematik di kalangan murid. Guru yang
diminati oleh murid menjadi faktor utama dalam mengatasi kebimbangan matematik
murid itu sendiri. Kajian ini amat berguna kerana ia boleh memberi informasi
terutamanya guru-guru, di mana guru boleh mengambil pelbagai langkah alternatif
bagi mempengaruhi murid-murid meminati dan berasa selesa terhadap kehadiran
guru di sisi mereka. Pelbagai cara yang boleh dipraktikkan oleh guru seperti
menyedikan persekitaran yang lebih tenang, jenaka dan aktiviti pembelajaran
matematik yang menyeronokkan.
Artikel 6
Klik di sini untuk melihat artikel.. :-)
Sekadar gambar hiasan
Ulasan:
Artikel membincangkan sikap dan pemahaman murid akan
mempengaruhi kebimbangan matematik mereka. Kekurangan pengetahuan dan lemah
pemahaman dalam topik yang di pelajari akan member kesan yang negatif kepada pelajar seterusnya mempengaruhi sikap
pelajar. Sikap yang negatif terhadap pembelajaran matematik mempunyai potensi
yang tinggi dalam menyumbang kebimbangan matematik di kalangan murid. Oleh
sebab itu, salah satu usaha yang ditunjukkan dalam artikel ini adalah memberi
sokongan motivasi dan juga penggunaan kaedah pengajaran yang menyeluruh dapat
mengurangkan kebimbangan matematik dikalangan murid.
No comments:
Post a Comment