Artikel 1
Sekadar gambar hiasan
Ulasan:-
Kajian ini menjurus kepada kepercayaan guru-guru korea terhadap pendidikan matematik. Hasil kajian menunjukkan persepsi mereka adalah satu faktor yang menyumbang kepada pencapaian matematik murid yang tinggi dalam persaingan antarabangsa. Hal ini menunjukkan bahawa sistem pendidikan korea mengambil serius terhadap pembangunan prestasi murid dalam matematik dan seharusnya menjadi ikhtibar kepada sistem pendidikan Malaysia agar mengambil langkah yang sama dalam memperjuangkan misi dan visi pendidikan. Semua pihak seharusnya memandang tinggi kemahiran dalam matematik yang boleh di aplikasikan dalam pelbagai pekerjaan terutamanya pekerjaan yang memerlukan kepakaran matematik.Kajian ini menunjukkan guru matematik korea bersetuju bahawa aplikasi hidupan seharian, proses kemahiran, penggunaan manipulatif konkrit dan pengetahuan konseptual sangat penting dalam pengajaran matematik di kalangan murid. Inilah seharusnya yang boleh diterapkan dalam kalangan guru matematik malaysia. TIMSS adalah penanda aras yang amat berguna bagi pendidik sekiranya terdapat perubahan yang ingin dilakukan.Pendidik harus memandang berat terhadap isu ini terutamanya bila dikaitkan dengan prestasi yang merundum dalam TIMMS dan PISA.
Artikel 2
Klik di sini untuk melihat artikel.. :-)
Sekadar gambar hiasan
Ulasan:
Berdasarkan apa yang ditunjukkan dalam kurikulum yang dibina di negara Singapura, saya merasakan ia boleh dijadikan sebagai satu rujukan yang cukup mantap kepada semua sistem pendidikan di seluruh dunia terutamanya negara Malaysia. Apa yang dimaksudkan ialah, sistem pendidikan mereka menunjukkan kualiti yang cukup tinggi bagi menghasilkan mutu pendidikan yang terbaik. Guru yang terlatih mestilah pakar bagi sesuatu topik. Jika ia dibandingkan dengan isu yang dialami dalam sistem pendidikan Malaysia, terdapat banyak perkara yang perlu dititik beratkan. Salah satunya, kekurangan guru menjadi punca utama guru mengajar subjek yang bukan bidang opsyennya.Di Singapura, mereka harus melalui satu badan khas untuk menunjukkan kemahiran yang ada sebelum menjalani latihan penguruan. Walaupun, strategi yang digunakan ini adalah agak merumitkan, tapi sudah cukup terbukti bahawa pendidikan mereka mencapai tahap antarabangsa. Mungkin ia boleh dijadikan rujukan bagi kurikulum pendidikan Malaysia dalam meningkatkan prestasi TIMMS dan PISA.
Artikel 3
Klik di sini untuk melihat artikel.. :-)
Sekadar gambar hiasan
Ulasan:-
Kajian menunjukkan bahawa terdapat dua faktor yang mempengaruhi pencapaian pelajar dalam TIMMS di dua buah negara, Malaysia dan juga Singapura. Konsep kendiri matematik di kalangan pelajar dan juga budaya sekolah memainkan peranan dalam mempengaruhi pencapaian pelajar.Walaupun keputusan TIMMS menunjukkan perbezaan yang besar iaitu negara Singapura mempunyai prestasi yang lebih baik dari negara Malaysia, tetapi yang penting adalah mengenalpasti kelemahan dan berusaha memperbaikinya agar setanding dengan negara lain. Negara Malaysia seharusnya mengambil ikhtibar terhadap kejayaan Singapura, sudah masanya para pentadbir sekolah dan juga guru-guru berganding bahu dalam meningkatkan pencapaian Matematik murid dalam TIMMS.
No comments:
Post a Comment