Artikel 1
Sila klik di sini untuk melihat artikel.. :-)
Ulasan:
Artikel ini sangat informatif dalam mengetahui apakah "Standard Kompetensi Guru Malaysia" (SKGM) secara lebih mendalam dan terperinci. Ia penuh dengan penerangan yang lebih terperinci dalam mendalami dan menghayati nilai sebenar SKGM. Secara umumnya, kompetensi merujuk kepada pengetahuan, kemahiran dan ciri-ciri peribadi yang perlu bagi melaksanakan sesuatu tugas atau tanggungjawab. Para guru harus menghayati dan memastikan SKGM sentiasa diamalkan dalam profesion keguruan. Tujuan utamanya ialah menjadikan sistem pendidikan Malaysia bertaraf dunia iaitu salah satu usaha dalam merealisasikan wawasan 2020. Artikel ini juga memaparkan Standard Kompetensi Guru dari pelbagai negara seperti Australia, British Columbia Kanada, Netherland dan Scotland. Standard ini telah dijadikan panduan ke arah pembentukan Standard kompetensi guru di Malaysia.
Artikel 2
Klik di sini untuk melihat artikel..:-)
Sekadar gambar hiasan..
Ulasan:
Kajian membincangkan tahap kualiti guru permulaan berdasarkan perspektif pentadbir sekolah. Penyelidik menggunakan instrumen Soal Selidik Kepuasan Pelanggan (SSKP). Empat aspek telah digunakan bagi menguji tahap kepuasan pentadbir sekolah terhadap kualiti guru permulaan. Keempat-empat aspek iaitu Kualiti diri, pelaksanaan P&P, pelaksanaan aktiviti Kokurikulum, dan pengurusan kerja.Adalah amat penting bagi seorang guru menunjukkan potensi dan latihan penguruan yang diberikan kepada mereka mendatangkan produktiviti yang lebih baik apabila karier sebagai guru sebenar di sekolah bermula, agar segelung ijazah yang diperolehi itu setimpal dengan perkhidmatan yang diberikan apabila bekerja kelak. Namun, dalam kajian, sepatutnya hasil dapatan yang diperolehi haruslah disertakan dalam abstrak agar para pembaca mengetahui dengan segera hasil dapatan dalam kajian ini.
Artikel 3
Sila klik di sini untuk melihat artikel..:-)
Sekadar gambar hiasan
Ulasan:
Artikel ini membincangkan pengaruh yang disumbangkan oleh faktor-faktor yang menentukan kelayakan guru, iaitu jenis latihan guru dan pengalaman mengajar. Kajian dijalankan terhadap efikasi guru-guru sekolah menengah di Sabah. Dapatan kajian menyatakan bahawa guru keluaran program Diploma Pendidikan Malaysia mempunyai efikasi yang lebih baik. Kebarangkalian, kandungan latihan yang diberikan oleh guru-guru ini adalah amat sesuai untuk membentuk guru yang berkebolehan dan berpengetahuan, ini boleh dijadikan contoh dan rujukan oleh pihak lain. Selain itu, guru yang berpengalaman lama juga mempunyai efikasi yang lebih baik berbanding dengan guru yang baru mengajar kurang daripada tujuh tahun. Oleh sebab itu, guru yang berpengalaman lama dalam bidang pendidikan harus memimpin guru-guru yang baru dalam membina efikasi yang lebih positif.
No comments:
Post a Comment