Artikel 1
Klik di sini untuk melihat artikel.. :-)
Ulasan:-
Artikel ini menerangkan e-learning dan kepentingannya dalam membantu proses pengajaran dan pembelajaran dikalangan guru dan pelajar.Pendidikan di Malaysia sudah mula mengamalkan pengajaran dan pembelajaran e-Learning iaitu Virtual Learning Enviroment (VLE) di mana ia membantu guru agar proses P&P menjadi lebih menarik dan seterusnya meningkatkan proses Kefahaman pelajar terhadap sesuatu topik. Penulis menyatakan pentingnya e-Learning dalam mendedahkan pelajar dan guru dengan kemahiran teknologi maklumat yang amat diperlukan dalam zaman moden ini. Sudah pasti ICT amat diperlukan dalam proses pengajaran dan pembelajaran, namun banyak faktor lain yang kita perlu lihat dan titik beratkan, terutamanya dari segi kos dan juga faktor geografi. Kebanyakkan kawasan terutamanya di kawasan pedalaman masih belum mempunyai perkhidmatan internet yang mantap. Oleh sebab itu, pembangunan yang menyeluruh amat diperlukan dalam menjayakan e-Learning ini.
Artikel 2
Ulasan:
Kajian ini berkenaan dengan penggunaan ICT dalam pengajaran dan pembelajaran (P&P) matematik di kalangan guru pelatih. Kajian menjurus kepada kelebihan dan kelemahan penggunaan ICT dalam P&P Matematik serta masalah-masalah yang dihadapi oleh guru pelatih. Hasil kajian menunjukkan kemudahan ICT yang tidak sempurna serta ketidaksesuaian mendorong guru kurang menggunakan ICT dalam P&P Matematik. Walaupun terdapat banyak kekangan yang dihadapi, guru pelatih tidak seharusnya menjadikan masalah kemudahan ICT sebagai penghalang kepada penerapan ICT dalam P&P Matematik. Banyak kajian yang telah dijalankan bahawa penggunaan ICT dalam P&P Matematik adalah amat penting dalam meningkatkan pemahaman dan minat murid dalam Matematik. Dalam hal ini, guru-guru pelatih seharusnya mengambil iniasitif yang lain dalam menjayakan penggunaan ICT dalam P&P Matematik. Sebagai guru, pengorbanan dalam menyediakan medium ICT di kalangan murid amatlah penting. Guru harus lebih kreatif dan berusaha mengunakan kemudahan yang sedia ada dengan sebaik-baiknya.
Artikel 3
Sekadar gambar hiasan..
Ulasan:
Kajian ini membincangkan perubahan isu pengurusan yang dihadapi oleh syarikat. Tujuan kajian adalah menentukan bagaimana untuk memperbaiki tahap pengurusan syarikat, di mana penerapan ict dan strategi penggunaannya dapat membantu dalam pertumbuhan dan kemajuan sesuatu syarikat. Strategi penerapan dan penggunaan ICT dalam pengurusan yang dicadangkan dapat meningkatkan produktiviti dan memantapkan kemahiran para pekerja.Jika kita lihat dari sudut pendidikan terutamanya pengurusan di sekolah, sudah pasti ia berarah kepada budaya sekolah. Budaya sekolah yang menerapkan penggunaan ICT dalam pengurusan terutama dalam pengajaran dan pembelajaran dapat menghasilkan mutu perkhidmatan dan tahap profesional guru. Sekaligus melahirkan pelajar yang bijaksana dan pakar dalam penggunaan ICT. Artikel ini boleh dijadikan rujukan untuk pentadbir sekolah dalam menjayakan pelaksanaan ICT dalam P&P.
Artikel 4
Klik di sini untuk melihat artikel.. :-)
Sekadar gambar hiasan..
Ulasan:
Kajian ini dilaksanakan pada tahun 2012 dan menjurus kepada utilitasi ICT di kalangan guru dan pentadbir di sekolah-sekolah Malaysia. Kajian ini telah mendedahkan bahawa hampir semua guru tidak menyedari dan mengetahui polisi ICT kebangsaan.Hal ini adalah amat serius dan harus di pandang berat oleh semua guru dan juga para pentadbir. Di peringkat sekolah, mereka tidak mempunyai ICT polisi walhal pelaksanaan ICT diseluruh sekolah telah lama dijalankan. Apa yang mengejutkan, kebanyakkan guru mempunyai kemahiran ICT yang baik tetapi tidak mengimplementasikan dalam sesi pengajaran dan pembelajaran. Penggunaan ICT dikalangan guru lebih bertujuan kepada pengurusan pentadbiran. Walaupun segala kemudahan ICT telah dibekalkan, hakikatnya ia tidak digunakan dengan sebaik-baiknya dalam mempertingkatkan kualiti pengajaran dan pembelajaran. Oleh sebab itu, pihak sekolah terutama para pentadbir seharusnya memainkan peranan dalam membudayakan penggunaan ICT dalam pengajaran dan pembelajaran serta menumbuhkan polisi ICT sendiri dalam memastikan penerapan ICT dalam P&P terus dilaksanakan dengan cemerlang.
No comments:
Post a Comment