Kursus ini dijalankan di bawah bimbingan Prof. Dr Marzita Puteh dan merupakan salah satu kursus yang diikuti bagi program Sarjana Pendidikan Matematik UPSI

Course Coordinator

Blog ini dibangunkan bagi memenuhi sebahagian daripada keperluan kursus SME 6044 : Isu-isu Kontemporari Dalam Pendidikan Matematik di bawah bimbingan Prof. Dr. Marzita Puteh, Fakulti Sains dan Matematik,UPSI. Ribuan terima kasih dan setinggi-tinggi perhargaan diucapkan kepada Prof Dr. Marzita atas segala ilmu,bimbingan dan tunjuk ajar yang diberikan selama ini.

4. Akses dan ekuiti

Artikel 1

Klik di sini untuk melihat artikel... :-)


Ulasan:-

          Artikel ini membincangkan takrifan ekuiti dan bagaimana ia boleh diwujudkan dalam bilik darjah. Artikel ini amat menarik kerana mendedahkan bahawa isu kaum dan SES di kalangan murid mampu untuk menganggu usaha guru dalam mewujudkan ekuiti di dalam bilik darjah tanpa adanya sebarang tingkah laku diskriminasi. Oleh sebab itu artikel ini serba sedikit memberi kesedaran kepada guru untuk meningkatkan kefahaman terhadap isu bangsa, kelas dan gender murid yang berhubung kait dengan amalan proses pengajaran dan pembelajaran. Disebabkan isu ketidakseimbangan ekuiti dalam bilik darjah semakin membimbangkan, guru seharusnya lebih peka dengan kepelbagaian yang wujud di dalam bilik kelas kerana serba sedikit dapat mempengaruhi kejayaan murid dalam pencapaian dan prestasi pembelajaran mereka.


Artikel 2

Klik di sini untuk melihat artikel.. :-)








Ulasan:-

     Menurut artikel ini, akses dan ekuiti dalam bidang pendidikan semakin meluas dan tidak hanya mencakupi aspek sekolah-sekolah di wilayah khas serta peratus kemiskinan yang tinggi semata-mata. Menurut penulis, pada masa kini isu akses dan ekuiti lebih ditekankan kepada empat aspek utaman iaitu akses, pencapaian, identiti dan kuasa. Keempat-empat elemen menjadi penentu kepada kemajuan pendidikan yang saksama terutamanya murid dalam meningkatkan potensi secara menyeluruh serta meningkatkan kemahiran profesionalisme guru dalam memberi pendidikan yang adil dan saksama kepada semua murid. Artikel sangat baik dan memberi info terutamanya dengan adanya perkembangan yang pesat dalam sistem pendidikan di Malaysia.



Artikel 3

Klik di sini untuk melihat artikel.. :-)



Ulasan:-

         Artikel membincangkan mengenai kepelbagaian tahap pembelajaran murid di dalam satu kelas. Jika dikaitkan dengan dalam pendidikan di Malaysia, ia menimbulkan isu ketidaksamaan iaitu murid yang dianggap pandai, sederhana dan kurang pandai diletakkan pada kelas yang berasingan. Penulis mencadangkan kaedah heterogen dalam mengelaskan murid secara adil. Pada pandangan saya, sudah pasti ia baik dalam meningkatkan kemahiran dan potensi pelajar, di mana pelajar yang berlainan tahap kemampuan akan saling bantu-membantu terutama bagi individu ataupun murid yang kurang pandai. Walaubagaimanapun, ia memerlukan pendekatan arahan yang pelbagai, gaya pembelajaran yang pelbagai serta penilaian secara holistik. Apa yang amat membimbangkan, ia sukar dilaksanakan dalam sistem pendidikan Malaysia kerana kekurangan guru yang berpengalaman dalam memenuhi kriteria-kriteria dalam menjayakan kaedah heterogen ini.

No comments:

Post a Comment