Kursus ini dijalankan di bawah bimbingan Prof. Dr Marzita Puteh dan merupakan salah satu kursus yang diikuti bagi program Sarjana Pendidikan Matematik UPSI

Course Coordinator

Blog ini dibangunkan bagi memenuhi sebahagian daripada keperluan kursus SME 6044 : Isu-isu Kontemporari Dalam Pendidikan Matematik di bawah bimbingan Prof. Dr. Marzita Puteh, Fakulti Sains dan Matematik,UPSI. Ribuan terima kasih dan setinggi-tinggi perhargaan diucapkan kepada Prof Dr. Marzita atas segala ilmu,bimbingan dan tunjuk ajar yang diberikan selama ini.

6. Gaya pengajaran

Artikel 1

Klik di sini untuk melihat artikel.. :-)



Sekadar gambar hiasan..

Ulasan:-

        Artikel ini membincangkan pendekatan, strategi, kaedah dan teknik yang digunakan dalam proses pengajaran dan pembelajaran kearah peningkatan prestasi pelajar. Sesungguhnya artikel amat baik kerana bukan semua pendekatan atau kaedah yang digunakan adalah sesuai pada masa dan tempat yang berlainan. Ini bermaksud, strategi yang digunakan haruslah berbeza mengikut kesesuaian kerana keadaan yang pelbagai dikalangan murid dan bilik darjah. Strategi yang sesuai akan menjayakan kaedah pengajaran yang digunakan. Selain itu, penulis juga menekankan penggunaan kemudahan seperti ICT dan sebagainya dalam meningkatkan kualiti pengajaran seterusnya meningkatkan prestasi murid.



Artikel 2

Klik di sini untuk melihat artikel.. :-)




Sekadar gambar hiasan..

Ulasan:

       Kajian ini menjurus kepada pelajar berisiko ataupun dikenali sebagai aliran kelas lemah yang mempunyai iklim pembelajaran yang tidak positif bagi pengajaran dan pembelajaran. Hasil kajian, pelajar yang berada di kelas lemah lebih cenderung untuk gagal disebabkan persepsi guru yang berbeza berdasarkan kelas terbaik dan kelas lemah. Oleh sebab itu kajian amat bermakna kerana gaya pengajaran juga dipengaruhi oleh tiga aspek iaitu layanan guru,pengajaran guru dan jangkaan guru. Ketiga-tiga aspek harus dititikberatkan dan guru harus menukar persepsi mereka kearah yang lebih positif terhadap pelajar yang lemah ini agar interaksi bersama mereka akan mendorong pelajar lemah ini untuk terus berminat dan masih berpeluang untuk terus belajar dan mencapai kejayaan.



Artikel 3

Klik di sini untuk melihat artikel.. :-)




Sekadar gambar hiasan

Ulasan:-

    Kajian ini adalah mengenalpasti dua pendekatan pengajaran yang digunakan oleh guru di daerah Johor Bahru dalam mengajar subjek Matematik. Kajian ini fokus kepada pendekatan induktif dan pendekatan deduktif. Pengkaji mengenalpasti bahawa pengalaman mengajar tidak mempengaruhi pendekatan pengajaran yang digunakan. Persoalan yang timbul daripada hasil kajian ini, mengapa guru pengalaman tidak mempunyai hubungan yang kuat terhadap pendekatan pengajaran yang digunakan? Walhal pengalaman mengajar kita untuk terus memperbaiki diri dan mengurangkan kelemahan serta mengubah sesuatu menjadi lebih baik. Oleh itu guru yang berpengalaman juga haruslah memperbaiki cara pengajaran dan memantapkan lagi strategi pengajaran. Kajian ini adalah satu pendedahan bahawa guru kurang iniasitif dalam mempelbagaikan kaedah pengajaran. Guru seharusnya mengambil peluang di mana pengalaman yang diperolehi dijadikan bekalan untuk memantapakan kaedah, teknik serta strategi pengajaran.


No comments:

Post a Comment