Artikel 1
Klik di sini untuk melihat artikel.. :-)
Sekadar gambar hiasan..
Ulasan:
Kajian ini menjurus kepada penilaian formatif dalam proses pengajaran dan pembelajaran untuk mengesan pencapaian objektif pembelajaran yang dilakukan di IPTA. Penyelidik menyokong penuh penilaian secara formatif berbanding sumatif kerana penilaian formatif adalah secara berterusan sepanjang proses pengajaran dan pembelajaran (P&P). Penilaian formatif dilakukan untuk memperbaiki proses P&P sebaliknya penilaian secara sumatif hanya melihat penilaian di akhir proses P&P untuk menilai pencapaian pelajar. Walaupun tujuan kajian ini dijalankan adalah untuk membuat penambaikan dalam meningkatkan proses P&P, tetapi ia juga boleh diterapkan dalam penilaian di kalangan guru matematik. Menilai pelajar secara berterusan adalah cara terbaik. Manakala penilaian sumatif tidak boleh menentukkan kebolehan murid itu secara menyeluruh. Lebih-lebih lagi subjek matematik, menilai kebolehan murid dalam menyelesaikan masalah, sepanjang proses P&P adalah amat penting dalam meningkatkan prestasi murid dalam matematik.
Artikel 2
Klik di sini untuk melihat artikel.. :-)
Sekadar gambar hiasan..
Kajian ini dilakukan secara kaji selidik bagi memperoleh maklumat tentang amalan-amalan pentaksiran yang dilaksanakan oleh guru-guru sekolah. Dapatan kajian menunjukkan bahawa kebiasaannya guru hanya mengunakan ujian objektif berbentuk aneka-pilihan dalam menguji tahap pencapaian murid. Pada pendapat saya, tidak salah guru-guru menggunakan ujian objektif aneka pilihan, namun ia tidak sesuai untuk menilai kebolehan sebenar murid. Ini kerana sistem aneka pilihan boleh dijawab oleh semua murid. Apatah lagi bila melibatkan mata pelajaran matematik, soalan subjektif ataupun penyelesaian masalah matematik mampu menilai tahap sebenar kemahiran murid terhadap sesuatu topik. Selain itu, isu yang boleh dikaitkan melalui dapatan kajian ini, aspek pembentukan skema pemarkahan adalah berbeza-beza mengikut sekolah. Pada pendapat saya, skema pemarkahan yang seragam antara semua sekolah amatlah sesuai untuk menilai tahap prestasi semua murid di Malaysia.
Artikel 3
Klik di sini untuk melihat artikel.. :-)
Sekadar gambar hiasan..
Ulasan:
Kebiasaannya, guru matematik hanya dapat menilai prestasi pelajar melalui pencapaian ujian, tetapi menilai pemikiran matematik pelajar masih dipersoalkan. Budaya "ajar untuk ujian" dalam pengajaran dan pembelajaran matematik telah menjadi satu bentuk penilaian yang biasa digunakan oleh guru matematik. Walaupun pentaksiran berasaskan sekolah (PBS) telah dibina dengan baik oleh Kementerian Pendidikan bagi penilaian yang lebih holistik, tetapi penyelidik mendedahkan bahawa guru masih belum berupaya melaksanakannya dengan baik. Dengan itu, penyelidik mencadangkan satu kerangka yang dikenali sebagai Mathematical Thinking Assessment (MaTA) untuk menilai pemikiran matematik pelajar.Terdapat empat aspek yang amat sesuai digunakan dalam menilai pemikiran matematik pelajar iaitu penilaian prestasi, skala pengukuran metacogniksi, skala pengukuran pelupusan matematik dan Pemarkahan Rubric Pemikiran Matematik.
No comments:
Post a Comment