Artikel 1
Klik di sini untuk melihat artikel.. :-)
Ulasan: Berdasarkan artikel ini, penulis membincangkan isu yang melibatkan pelajar cemerlang yang tinggal di luar bandar kurang cenderung untuk memasuki mana-mana kolej ataupun universiti yang terbaik. Penulis memandang serius hal ini kerana ia akan mempengaruhi kerjaya dan kesihatan ekonomi pada masa akan datang. Beliau juga menyatakan bahawa kebimbangan kewangan memberi kesan yang amat berbeza ke atas pelajar luar bandar. Jika kita lihat perkara ini terhadap kepentingan negara kita, sudah pasti ia melibatkan pelajar-pelajar yang tinggal di pedalaman. Pihak yang terlibat iaitu kerajaan dan badan-badan NGO harus mengambil iniasitif untuk menangani isu ini. Contohnya, pihak UiTM telah menjalankan program "Mengubah Destini Anak Bangsa", di mana mereka mendorong dan membantu pelajar-pelajar yang berpontensi yang tinggal di kawasan pedalaman untuk meneruskan pengajian di peringkat yang lebih tinggi. Tidak dapat dinafikan lagi, artikel ini mempunyai maklumat yang baik untuk semua pihak terutama penyelidik. Penulis sendiri mengesa penyelidik dan pembuat dasar untuk memasukkan pelajar luar bandar dalam mempertimbangkan bagaimana untuk meningkatkan akses kolej di seluruh negara.
Artikel 2
Klik di sini untuk melihat artikel.. :-)
p/s: Gambar Hiasan. |
Ulasan: Artikel ini menunjukkan isu yang melibatkan jurang pendidikan masih berada pada tahap yang membimbangkan. Walaupun terdapat banyak usaha yang dijalankan dalam meningkatkan pencapaian pelajar serta mengurangkan jurang pencapaian, tetapi menjadi jurang perbezaan yang besar dalam prestasi mengikut kaum , pendapatan, status hilang upaya dan pencapaian pendidikan ibu bapa. Hal ini membuktikan bahawa perkara ini masih relevan walaupun pada zaman moden ini. Penulis telah membuka mata semua orang agar menyedari akan hakikat ini serta menyeru kita sentiasa memandang serius terhadap hal ini.
Klik di sini untuk melihat artikel.. :-)
Sekadar gambar hiasan
Ulasan:-
Kajian ini mengenai jurang pendidikan di kalangan keluarga miskin yang dihadapi oleh penduduk luar bandar di sebuah daerah di kelantan. Kajian mendedahkan masyarakat luar bandar yang masih hidup dalam keadaan kemiskinan yang serius. Walaupun kesedaran tentang kepentingan pendidikan terhadap masa depan anak-anak, masih ramai yang tidak berupaya untuk membekalkan pendidikan yang mencukupi terhadap anak-anak. Lantas penyelidik menyeru dan memberi cadangan seperti menekankan pendidikan sejak dari awal lagi sebagai jalan untuk mengubah destinasi hidup masyarakat dan anak-anak khususnya. Peluang latihan dan kemahiran yang pelbagai meliputi pelbagai bidang mampu membasmi kemiskinan serta memberi peluang pendidikan yang terbaik untuk masyarakat luar bandar adalah amat dititik beratkan dalam perkara ini. Kini kerajaan telah mengorak langkah untuk memberi bantuan kemudahan fizikal dan sosial terhadap masyarakat luar bandar demi mengurangkan jurang pendidikan dan status ekonomi penduduk luar bandar dan kawasan bandar.
No comments:
Post a Comment