Artikel 1
Klik di sini untuk melihat artikel..:-)
Ulasan:-
Kajian ini adalah salah satu usaha untuk mengenalpasti permasalahan yang timbul memandangkan pelaksanan KSSR baru sahaja bermula pada tahun 2011. Oleh sebab itu amat bersesuaian dan tepat pada masanya untuk mengetahui permasalah yang timbul terutama dalam aspek penaakulan. Dalam KSSR, murid dikehendaki untuk menguasai 4M (membaca, mengira, menulis dan menaakul). Kebanyakkan guru mengalami masalah dalam menerapkan penguasaan menaakul di kalangan guru. Malahan guru sendiri tidak mengetahui maksud terperinci definisi dan maksud menaakul dengan betul. Sudah pasti isu ini akan menjadi perkara yang harus ditangani agar pelaksaaan KSSR dapat dilaksanakan dengan baik di sekolah rendah. Masa yang tidak mencukupi juga telah menyumbang kepada kekangan dalam mempraktik kemahiran menaakul dikalangan murid. Oleh sebab itu, pihak Kementerian Pendidikan harus mengambil tindakan yang sewajarnya dalam menangani isu ini.
Artikel 2
Klik di sini untuk melihat artikel.. :-)
Ulasan:
Isu dalam PBS telah lama berlaku dan Kementerian pendidikan telah mengambil langkah bijak dalam membuat penambahbaikan terhadap PBS. PBS dilaksanakan agar sistem pentaksiran pendidikan menjadi lebih holistik iaitu menilai aspek tertentu selaras dengan Falsafah Pendidikan Kebangsaan. Walaubagaimanapun, bebanan kerja yang dialami oleh para guru menyebabkan pihak Kementerian Pendidikan mengambil berat hal ini dengan mengurangkan kira-kira 70-80% beban yang ditanggung oleh guru. Manakala data yang diperolehi disimpanmenerusi sistem offline. Walaubagaimanapun, timbul persoalan sejauh manakah keberkesanan pelaksanaan PBS dilaksanakan oleh para guru selepas pembaharuan dibuat? Seharusnya yang diharapkan ialah hasil yang lebih positif dan bertambah baik terutama dari segi kualiti pengajaran guru dan peningkatan prestasi murid.
Artikel 3
Klik di sini untuk melihat artikel.. :-)
Sekadar gambar hiasan..
Ulasan:
Pelaksanaan dan program Kemahiran Berfikir Aras Tinggi (KBAT) telah ditekankan di semua sekolah menengah seluruh Malaysia. Penerapan KBAT di kalangan murid terutama dalam subjek sains dan matematik amat dititik beratkan untuk persediaan dalam menghadapi TIMMS dan PISA. Memandangkan, prestasi TIMMS Malaysia semakin menurun, penguasaan KBAT di kalangan murid adalah amat penting. Bukan sahaja dari sudut prestasi KBAT murid, tetapi juga bekalan untuk menghasilkan tenaga pekerja yang mempunyai kualiti, inovasi dan kreativiti yang yang tinggi. Dalam hal ini, guru matematik amat memainkan peranan yang penting dalam usaha untuk menjayakan impian kerajaan. Walaubagaimanapun, kajian ini mendedah bahawa guru di Kota Makassar mempunyai pengetahuan KBAT yang masih tahap rendah. Oleh sebab itu, guru di Malaysia harus berusaha meningkatkan tahap kemahiran KBAT melalui pelbagai kaedah yang telah dicadangkan oleh penyelidik kajian. Guru boleh melakukan aktitviti "problem solving", pembelajaran Kooperatif, memberi soalan bukan rutin serta melakukan "brainstorming" dalam setiap aktiviti P&P.
No comments:
Post a Comment