Artikel 1
Klik di sini untuk melihat artikel.. :-)
Sekadar gambar hiasan..
Ulasan:
Artikel ini mengkaji perspektif guru dalam menggunakan bahasa inggeris sebagai medium pengajaran dalam subjek Matematik dan sains. Penyelidik menunjukkan hubungan perspektif guru terhadap pencapaian murid selepas pelaksanaan penggunaan bahasa inggeris dalam subjek matematik dan sains melalui tiga aspek iaitu persekitaran, metodologi pengajaran dan sikap. Walaupun isu ini telah lama berlaku semenjak PPMSI dilaksanakan dan pelbagai pendapat, cadangan dan kritikan terhadap prestasi murid yang hambar. Namun begitu, artikel ini juga berguna apabila di pandang dari sudut persekitaran, teknik pengajaran dan juga sikap guru kerana ia boleh mempengaruhi prestasi pelajar. Pada pendapat saya, persekitaran yang kondusif, serta sikap yang positif di kalangan guru serta teknik pengajaran yang betul akan membantu murid meningkatkan prestasi mereka dalam subjek sains dan matematik. Tanpa mengira bahasa yang digunakan, ketiga-tiga aspek ini akan memberi impak yang positif jika strategi yang digunakan diubah suai menjadi lebih kreatif dan inovatif.
Artikel 2
Klik di sini untuk melihat artikel.. :-)
Sekadar gambar hiasan..
Ulasan:-
Artikel ini membincangkan kepentingan penggunaan yang bahasa yang berkesan dalam berkomunikasi dan memahami konsep matematik dengan lebih mendalam. Penyelidik menyatakan bahawa penggunaan bahasa akan impak yang sangat besar dalam mempelajari sesuatu konsep matematik. Penggunaan bahasa inggeris sebagai medium dalam pengajaran dan pembelajaran sains dan matematik telah menjadi satu beban kepada murid. Murid-murid mengalami kesukaran dalam mempelajari matematik kerana abiliti yang kurang terhadap pemahaman bahasa inggeris. Walaubagaimanapun, artikel ini mendedahkan bahawa peranan yang besar harus di main oleh guru matematik sendiri untuk lebih bijak dalam mengatasi kesukaran pembelajaran pelajar. Oleh sebab itu hasil penyelidikan ini amat berguna kepada semua guru dalam meningkatkan pembelajaran efektif di kalangan pelajar.
Artikel 3
Klik di sini untuk melihat artikel.. :-)
Sekadar gambar hiasan
Ulasan:
Kajian ini menjurus kepada penggunaan bahasa inggeris di kalangan murid dan juga guru matematik serta mengenalpasti penggunaan bahan dan kemudahan yang disediakan oleh pihak sekolah dalam membantu meningkatkan kefahaman Matematik dalam bahasa Inggeris. Penulis menggunakan kaedah soal selidik dan temubual untuk mendapatkan data. Dalam hal ini, data yang diperolehi lebih efektif dan berkesan. Hasil kajian menunjukkan bahawa penggunaan bahasa inggeris di kalangan murid adalah masih pada tahap sederhana, manakala guru pula hanya melakukannya pada kelas tertentu sahaja. Manakala kemudahan yang diberi untuk membantu guru matematik dalam memperkasakan penggunaan bahasa inggeris dalam pengajaran dan pembelajaran matematik masih pada tahap yang sederhana. Dalam hal ini, sudah pasti terarah kepada tanggungjawab dan amanah guru matematik. Guru seharusnya menggunakan peluang yang ada untuk membantu murid menguasai bahasa inggeris bukan sahaja penggunaannya dalam subjek matematik tetapi dalam kehidupan seharian. Penggunaan bahasa inggeris yang lemah di kalangan murid luar bandar mungkin akan mengundang banyak masalah di mana kemungkinan murid kurang memahami isi kandungan pembelajaran dan juga memahami konsep-konsep dan teori tertentu. Oleh sebab itu ia harus di pandang berat demi masa depan anak-anak luar bandar dalam mengadaptasi penggunaan bahasa inggeris dalam pembelajaran yang berterusan dan dapat bersaing dengan masyarakat global.
No comments:
Post a Comment