Kursus ini dijalankan di bawah bimbingan Prof. Dr Marzita Puteh dan merupakan salah satu kursus yang diikuti bagi program Sarjana Pendidikan Matematik UPSI

Course Coordinator

Blog ini dibangunkan bagi memenuhi sebahagian daripada keperluan kursus SME 6044 : Isu-isu Kontemporari Dalam Pendidikan Matematik di bawah bimbingan Prof. Dr. Marzita Puteh, Fakulti Sains dan Matematik,UPSI. Ribuan terima kasih dan setinggi-tinggi perhargaan diucapkan kepada Prof Dr. Marzita atas segala ilmu,bimbingan dan tunjuk ajar yang diberikan selama ini.

11. Budaya Sekolah

Artikel 1

Klik di sini untuk melihat artikel.. :-)



Sekadar gambar hiasan..

Ulasan:

     Artikel ini menjurus kepada perspektif murid terhadap kepelbagaian sekolah. Penyelidik menggunakan Domain dari School Directory Inventory (SDI) dimana kepelbagaian sekolah ditentukan oleh aspek murid seperti faktor demografi iaitu jantina, kaum, tempat tinggal Sosial Ekonomi Status (SES) keluarga. Penggunaan soal selidik SDI  adalah amat sesuai dalam menguji persepsi murid terhadap budaya sekolah. Manakala hasil dapatan pula menunjukkan faktor jantina dan kaum amat mempengaruhi persepsi murid terhadap kepelbagaian sekolah. Malahan faktor latar belakang menyumbang besar terhadap tahan penerimaan kepelbagaian sekolah. Pada pendapat saya, kepentingan kajian ini serba sedikit dapat membantu pihak sekolah agar dapat membentuk budaya sekolah yang sesuai dan diguna pakai oleh semua warga sekolah terutamanya murid-murid dalam meningkatkan nilai kerjasama dan bersatu padu sebagai warga sekolah.




Artikel 2

Sila klik di sini untuk melihat artikel..:-)



Sekadar gambar hiasan..

Ulasan:

    Kajian ini membincangkan faktor penyumbang terhadap pencapaian yang lemah di sekolah-sekolah di Sarawak. Terdapat banyak spekulasi tentang kegagalan dalam meningkatkan prestasi pencapaian UPSR, di mana guru dikatakan penyumbang utama terhadap pencapaian sifar UPSR di Sarawak. Hasil dapatan menunjukkan pihak lain juga memainkan peranan dalam meningkatkan pencapaian UPSR seperti pihak atasan, pengurus sekolah, ibubapa dan sebagainya. Oleh sebab itu, semua pihak harus bekerjasama dalam usaha memperbaiki kelemahan-kelemahan yang dihadapi dan tidak hanya menuding jari kepada satu pihak sahaja. Namun, dari segi metodologi yang digunakan, penyelidik menggunakan soal selidik. Untuk memperolehi maklumat yang lebih tepat, kaedah temu bual juga seharusnya digunakan bagi meneliti secara lebih mendalam tentang masalah yang dihadapi.



Artikel 3

Sila klik di sini untuk melihat artikel.. :-)



Sekadar gambar hiasan..


Ulasan:

     Kajian ini menjurus kepada pengaruh kepimpinan pentadbir sekolah terhadap peningkatan mutu pengajaran dan pembelajaran pelajar. Dimana kepimpinan transformasi dan kepimpinan pengajaran pentadbir akan mempengaruhi terhadap kualiti pembelajaran pelajar. Tidak dinafikan lagi, para pentadbir yang mempunyai kepimpinan yang mantap akan menjadi "role model" kepada guru-guru dalam meningkatkan pembelajaran pelajar. Budaya sekolah yang cemerlang terbentuk daripada sejauhmana kebolehan kepimpinan pentadbir terutama yang melibatkan perkembangan inovasi pengajaran bagi membantu pembelajaran pelajar.





No comments:

Post a Comment