Artikel 1
Klik di sini untuk melihat artikel.. :-)
Sekadar gambar hiasan..
Ulasan:
Kajian ini adalah satu usaha untuk mengenalpasti persepsi guru matematik sekolah rendah tentang pengetahuan standard pengajaran matematik dan komponen yang menyumbang kepada Standard Pengajaran Matematik. Dari segi metodologi, soal selidik yang digunakan amat baik dan universal kerana mengunakan standard-standard yang diamalkan di dalam dan luar negara dalam mengukur tahap persepsi guru matematik. Dari segi hasil kajian, walaupun ia hanya menunjukkan data berkenaan dengan persepsi guru matematik sekolah rendah tentang pengetahuan standard pengajaran matematik dan komponennya, kajian ini dapat menyumbang ke arah pembinaan data asas yang boleh diguna pakai oleh warga pendidik dalam menilai semula P&P matematik dalam bilik darjah. Mungkin kajian seterusnya, boleh dijalankan kepada guru matematik sekolah menengah, agar data asas yang diperolehi lebih menyeluruh.
Artikel 2
Klik di sini untuk melihat artikel.. :-)
Sekadar gambar hiasan..
Ulasan:
Kajian ini berkenaan dengan tahap kepuasan bekerja dalam kalangan guru-guru pendidikan khas. Kaji selidik yang digunakan iaitu Teacher Job Satisfaction Questionnaire (TJSQ) amat bersesuai dalam mengkaji tahap kepuasan bekerja berdasarkan aspek imbuhan, tugas dan persekitaran kerja. Profesion keguruan merupakan profesion yang memerlukan kemahiran yang berjiwa pendidik. Dalam hal ini, kepuasan bekerja memainkan peranan penting dalam memotivasikan guru dalam meningkatkan mutu perkhidmatan seperti meningkatkan pencapaian murid, membentuk suasana persekitaran yang kondusif serta mengembangkan potensi murid. Faktor imbuhan tidak seharusnya menjadi penanda aras kepada kepuasan bekerja. Guru haruslah berfikiran positif dan bekerja dengan amanah dan seikhlas hati. Manakala faktor persekitaran, seharusnya tidak mempengaruhi kepuasan bekerja guru, tetapi gurulah yang patut berusaha menjana persekitaran pembelajaran yang lebih baik.
Artikel 3
Sila Klik di sini untuk melihat artikel.. :-)
Sekadar gambar hiasan..
Ulasan:
Semestinya Guru Cemerlang akan menjadi contoh kepada guru-guru lain dalam memantapkan pengetahuan matematik dan memperbaiki kemahiran pengajaran dan pembelajaran serta meningkatkan prestasi murid. Guru yang mempunyai kriteria-kriteria tertentu menjadi standard bagi yang ingin menjadi guru cemerlang. Dalam kajian, ia menjurus kepada bagaimana membina kerangka pengetahuan dan kemahiran pengajaran cemerlang matematik dalam percontohan. Dengan menfokuskan contoh Matematik yang dipilih, digunakan dan diperbaiki oleh guru cemerlang dapat membantu guru-guru yang lain agar menghasilkan contoh pengajaran yang sesuai untuk murid yang mempunyai kemahiran yang pelbagai. Hasil daripada temubual dan pemerhatian, Guru Cemerlang Matematik memilih contoh dengan menggunakan pelbagai pengetahuan. Inilah yang harus dicontohi oleh guru-guru matematik yang lain, dimana guru harus mempunyai kreativiti dan idea yang pelbagai dalam memilih contoh untuk murid agar murid berasa seronok dan mudah untuk memahami sesuatu konsep atau teori dalam matematik.
No comments:
Post a Comment